Friday, June 8, 2012

LOGO



·         LOGO bermaksud  lambang @ tanda identiti (trademark) berbentuk 2-D atau 3-D, warna atau monokrom, geometri atau organik, tipografi, abstrak bagi mewakili identity korporat sesebuah syarikat, produk dan perkhidmatan.

Terbahagi kepada 4;

A)    Logo Huruf  (Typographic marks)
Logo huruf@ logo tipografi menggunakan fon atau muka taip bagi menghasilkan identiti korporat atau trademark berbentuk imej logo. Logo huruf berbentuk perkataan atau logo huruf ringkas (intials). Perdekatan tipografi perlu dimasukkan unsur grafik seperti (garisan,imej,rupa organic@ geometric @ abstrak dan bentuk 2D @ 3D)


contoh :








B)    Logo Simbol (Symbolic marks)
Logo symbol memberikan sedikit tambahan reka bentuk ke dalam tanda identitinya berbanding dengan logo representasi (logo diskriptif). Terutamanya dalam penambahan unsur-unsur figura (rupa: organik,geometric @ abstrak dan bentuk : 2D @ 3D)


contoh:





 
C) Logo Representasi (Descriptive marks)
Logo representasi @ dikenali dengan descriptive marks menggunakan imej visual yang mempunyai kaitan @ hubungkait secara langsung di antara syarikat perniagaan dan produk atau perkhidmatan pelanggan.


contoh: 





D)Logo Ambigram

An ambigram is a typhographycal design or art form that may be read as one or more words not only in its form as presented but also, from another view point , direction, or orientation. The words readable in the other view point , direction, or orientation may be the same or different the original word. Douglas R. Hofstadter describes an ambigram as a “calligraphic design that manage to squeeze too different reading into the selfsame set of curves”. Different ambigram artist (sometimes called ambrigramists) may create completely different ambigram from the same word or words, differing in both style and form.

contoh :





PROSES PENGHASILAN LOGO

Langkah 1 - Sebelum menghasilkan logo, tema dan tajuk perlu ditentukan terlebih dahulu
Langkah 2 - Mengumpul dan mengutip banyak maklumat daripada rujukan buku bagi megelakkan persamaan logo dengan orang lain. Logo harus bersifat asli.
Langkah 3 - Penentuan warna untuk kesan pada imej syarikat. Penggunaan 3 warna namun tidak terikat. Gradient tidak digalakkan.
Langkah 4 – rekaan dibuat berdasarkan komposisi, reka letak dan grafik. Penekanan kepada asas seni reka dan prinsip rekaan. Logo perlu ‘legible’ apabila dibesarkan/dikecilkan. Penggunaan vector(illustrator) digalakkan berbanding bitmap(photoshop)
Langkah 5 – memberi maksud rasional, definisi, atau pengertian pada bahagian logo yang dilakukan pada huruf, imej, warna, grafik dan sebagainya. Aplikasi di mana logo diletakkan seperti pada kadnama,sampul surat, surat rasmi, risalah, poster, flyer dan lain-lain. logo kemudian dicetak di atas mounting board dan disimpan juga dalam bentuk softcopy.

TAKRIF ISTILAH LOGO
Menurut Levenson (1995), logo ialah ‘a combination of characters and or graphics to create a single design that is used to identify a company, it is often trademarked and is always included on all company printed material.’
Pimentel (1997) pula menyatakan, reka bentuk logo ‘provide a quick visual shorthand for all the meaning, associations, and equity associated with a brand’.
Hassan Mohd Ghazali (2000) pula, menyatakan logo ialah lambang kelab dan persatuan dan sesuatu aktiviti.
Moriaka dan Adams (2004) mentakrifkan logo sebagai satu symbol yang terang dan berbeza bagi sesebuah syarikat, objek, penerbitan, khidmat masyarakat ataupun idea.
Mengikut pendapat Guitton(2006) pula, reka bentuk sesebuah logo perlu mempunyai nilai, konsep entity dan identitinya melalui rupa grafik,3-D, yang wujud dalam kehidupan di dunia ini.
Cheung (2007) mengatakan bahawa logo terletak pada identitinya dan first impression di pasaran yang merupakan iklan kecil syarikat untuk memudahkan masyarakat mengingati siapakah syarikat tersebut dan khidmat apa yang mereka berikan.


Bagaimana seorang designer mendapatkan idea?



Bukan mudah dalam mendapatkan serta mengumpulkan idea dalam membuat sesuatu tugasan atau dalam sesuatu projek yang telah diberikan, tambahan pula masa yang perlu dihasilkan adalah sangat singkat. Penghasilan idea pula bergantung pada pelbagai sumber di antaranya ialah ilmu yang ada pada setiap individu iaitu dari sekolah, IPTA, dari kawan-kawan, senior. Idea melalui pengalaman, pembacaan, dan rujukan kajian, pemerhatian, pengubahsuaian, berfikir, berimaginasi (berkhayal), berbincang, bercerita, uji kaji (try & error), komen dari kawan yang bukan ahli dan banyak lagi sumber idea boleh diperoleh.

Walaupun sukar dalam mendapatkan idea, namun idea tersebut tetap ada, Cuma yang membezakannya ialah adakah ia merupakan idea terbaik atau tidak ataupun adakah ia seperti yang kita mahukan.
Menurut Philips, J.C dan Lupton, E (2008) dalam buku yang bertajuk Graphic Design The New Basics, menyatakan bahawa perlunya ada sempadan di antara penggunaan computer dan pemikiran visual (visual thinking) dalam pencarian idea, dengan itu akan menyebabkan peningkatan dalam proses kreativiti dan percambahan fikiran. Adalah tidak dinafikan elemen kreativiti menjadi kayu ukur kepada penghasilan produk yang dihasilkan dengan apa saja media yang digunakan, secara tidak langsung akan meningkatkan pemikiran visual. Ini kerana untuk setiap tugasan harus mempunyai persembahannya yang berbeza seperti brochure, flyer, newsletter dan booklets, begitu juga dengan business card, personel card, letter head, envelope, certificate, folder, tag. Manakala bagi format yang besar adalah seperti banner, bunting, backdrop, signage, poster, sticker juga adalah berbeza tugasan yang akan dipersembahkan.

“ design by its nature, is a versatile and creative discipline, but designers will often find themselves working within defined boundaries, such as standard papers sizes, measurement systems and grids. These are the basic building blocks that help to give structure to a job, and a firm grasp of such fundamental concepts is crucial to good design” – Ambrose & Harris (2008)

Melalui perekaan bentuk grafik, seorang pereka tidak akan terlepas daripada penggunaan piawaian ukuran metrik yang telah ditetapkan, komposisinya dan grid. Ada kalanya dalam mereka bentuk grafik kita perlu memilih antara dua sama ada follow the rules or breaking the rules. Namun hari ini, pereka grafik tidak lagi terikat sepenuhnya dengan peraturan yang digunapakai pada satu ketika dulu, malahan reka bentuk grafik yang dihasilkan menjadi lebih abstrak atau simbolik, terutama penggunaan teks dan imej.

Melihat pada penggunaan warna, pada ketika dahulu warna yang digunakan adalah sangat terhad dan tidak begitu menyerlah serta tidak dititik beratkan. Namun sangat berbeza pada hari ini apabila penggunaan warna menjadi pelbagai sama ada CYMK, RGB, pantone color, menjadi sangat penting dan tidak akan dilupakan dengan melihat atau merujuk kepada bagaimana proses warna dihasilkan atau dari carta warna. Warna emas, perak, menjadi satu kepastian bagi melahirkan tingginya nilai warna kepada harga media cetak. Makna dan simboliknya warna yang digunapakai banyak memberi kesan kepada si pembaca atau si pengguna.

PEMBUNGKUSAN (PACKAGING)



Pembungkusan adalah sesuai digunakan untuk membungkus makanan, confectionery, hadiah, cecair,ubat-ubatan, proses pemindahan, pameran dan lain-lain. bahan yang digunakan sebagai pembungkusan antaranya seperti : carton board, corrugated cardboard, plastic, multimaterial, dan waterproof board.

Warna dalam pembungkusan
·         Blue in China – is a color for little girls
·         Yellow in Japan – is associated with courage
·         Green in Islam – is associated with paradise
·         Red in South Africa – is the color of mourning

Selain daripada strategi pemasaran, branding dan iklan di antara criteria lain yang perlu diberi penekanan ke atas pembungkusan ialah: reka bentuk, reka letak yang tertumpu kepada perletakan taipografi (samada fon : 2D atau 3D dan saiz), pemilihan dan kesesuaian warna dan grafik serta imej yang berkaitan dengan barangan produk. Tidak terlupa spesifikasi yang perlu ada bagi setiap pembungkusan seperti logo & alamat syarikat, net weight, bar code, alamat syarikat, isi kandungan, logo halal, due date, customer support line, motto atau tema dan nama produk tersebut.

Menurut Landa (1996), sesebuah bungkusan itu apabila diletakkan di atas ruang pameran untuk jualan ianya secara tidak langsung bersaing dengan jenama atau pembungkusan yang lain di sebelahnya. Ianya perlulah menarik, dapat dikenali atau dilihat dengan jelas, bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan pasaran. Objektif pertama yang perlu ada dalam mereka bentuk sesebuah pembungkusan antaranya:
·         Menjadikan ia boleh berfungsi
·         Mengkaji bahan yang digunakan dalam proses pembinaan
·         Memahami konsep guna semula atau kitar semula
·         Tidak mengabaikan masalah dalam mereka bentuk kedua-dua jenis pembungkusan secara 2-Dimensi dan 3-Dimensi
·         Mempertimbangkan maklumat yang perlu ada pada setiap pembungkusan
·         Mereka bentuk pembungkusan supaya ianya Nampak menarik kepada pengguna dan dari sudut estetiknya juga
·         Membuat kajian bungkusan jenama yang lain
·         Mereka bentuk bungkusan yang menyerlah dan tersendiri
·         Penggunaan warna yang bersesuaian
·         Kordinasi warna dan reka bentuk bersesuaian dengan tema dan isi kandungan bungkusan
·         To make it work a larger visual identity system (if applicable)
·         To ensure legibility and clarity
·         To consider it will be seen in multiples when on display
·         To express the spirit or personality of the product and company or store
·         To identify is manufacturer, product name, contents, weight and provide any other pertinent information

Proses reka bentuk pembungkusan adalah merupakan satu proses yang memerlukan pendekatan yang agak rumit dan teliti, supaya ianya dapat menghasilkan satu reka bentuk yang baik serta berkesan, persoalannya di mana mulanya? Pada hakikatnya tiada tips atau jalan pintas yang boleh mambantu kecuali dengan mencuba dengan beberapa lakaran draft atau thumbnail sketches.

            Bagi mereka yang agak mahir dengan perisian adobe Photoshop atau Illustrator- langkah pertama yang dilakukan kemungkinan besar bermula dengan imej atau gambar yang diimport dari laman web atau imej folder yang sedia ada. Jika tidak,lakaran thumbnail yang dilukis secara manual dan diimport ke stage. Walau bagimanapun, idea bagi setiap orang berbeza-beza sekiranya mengambil idea dari reka bentuk yang sedia ada atau yang berkaitan dengan subject matter yang hendak dihasilkan.
            Hari ini kita boleh mengakses informasi pengetahuan tanpa had (no limit) dari laman web berkaitan dengan apa sahaja tentang pembungkusan, sebut saja kita –boleh capai. Tetapi ada kalanya kita tidak ada masa untuk semua itu, jalan pintas selalu diambilkira dan mengharapkan bahawa akan terhasil (berlaku) satu reka bentuk yang boleh dibanggakan dan kerapkalinya ia tidak berlaku. Bagaimana pula dengan –strategi pemasaran, branding, iklan dan macam-macam lagi.
            Jadi, apa yang sepatutnya dilakukan oleh anda? Hisap rok...? pergi minum teh tarik dulu? Intai-intai kawan sebelah punbya Design? Atau upah orang tolong buatkan, nanti bayar bila ada duit. Atau tidur dulu! Memang tidak dinafikan kita pernah melakukan semua ini. tapi bukan semua orang.
            Seronok rasanya kalau kita dapat sentuhan yang pertama dalam mereka bentuk apa shaja tugasan yang diberikan, keran bukanlah mudah untuk mendapatkan idea yang boleh memenuhi kesemua spesifikasi yang dikehendaki oleh pihak tertentu. Kesimpulannya,   dapt kita nyatakan di sini, bahawa proses mereka bentuk sesebuah pembungkusan perlulah ada satu strategi yang dapat memberikan input sebelum memberikan output.
            Menurut Adducci & Keller (2008) terdapat empat criteria utama bagi sesebuah pembungkusan itu berjaya berlandaskan kepada factor-faktor seperti berikut : Identification, functionality, personality, dan navigation, identification merujuk kepada sejauh manakah pengguna boleh mengenali produk atau pembungkusan yang dipamerkan apabila mereka bentuk bungkusan. Persoalan yang selalu dikaji ialah: apakah perkara pertama yang dilihat oleh pengguna setiap kali melihat produk di atas rak jualan? Rupa, Logo, Warna, Tanda harga, bahan yang digunapakai, imej,teks atau peratus diskaun yang dipamerkan oleh penjual.
            Faktor kedua yang perlu diketahui ialah Functionality, bagi setiap produk yang dibeli,para pengguna akan melihat dan memastikan bahawa keupayaan produk tersebut berfungsi. Keupayaan berfungsi oleh produk tersebut meningkatkan keyakinan pengguna kepada matlamat keinginan mereka untuk membeli. Walau bagaimanapun, tahap kefahaman pengguna menggunakan produk tersebut menjadi pilihan utama samada ianya mudah atau sukar difahami.
            Manakala, personality merujuk kepada bagaimanakah maklumat yang direka bentuk ke atas produk bungkusan berkesan, menarik serta memberi impak tatkala melihat kali pertama dan berfungsi dengan baik? Maksudnya yang mudah ialah berjayakah reka bentuk pembungkusan mempengaruhi cita rasa pengguna untuk membeli? Pada tahap ini, konsistensi (kekerapan membeli) dalam mempengaruhi pembeli membeli produk yang sama menjadi agenda yang utama. Kalau tidak matlamat utama untuk mencapai pembelian labih dari sejuta pembeli tidak akan tercapai.
            Akhir sekali ialah factor navigation, yang merujuk kepda penggunaan mengetahui dalam mencari di mana memperolehi produk yang dijual. Factor ini sama seperti factor identification, yang bergantung kepada gaya reka bentuk yang terdiri daripada : taipografi, warna,patterns, huruf, rupa dan item lain yang berkaitan dengan maklumat yang perlu ada dalam mereka bentuk bungkusan.
            Ternyata bahawa keempat-empat factor yang dinyatakan di atas dapat menghasilkan reka bentuk pembungkusan yang baik, sesuai, menarik dan berkesan. 

TUGASAN 2




TEMA :  PASAR MALAM


Tajuk : Titisan Dahaga



Tajuk : Delima

TAIPOGRAFI


Apa itu Taipografi?

Taipografi boleh dilihat di sekeliling kita seperti signage, tiket kereta api, bas, buku masakan, laman web, bungkusan, iklan dan banyak lagi sehinggakan apa sahaja yang kita gunakan dan lihat hampir kesemuanya terlibat dengan penggunaan taipografi.
Buku yang ditulis oleh Squire (2006) bertajuk “Getting it Right With Type”, kita akan merasakan betapa banyaknya yang perlu dipelajari dan diketahui dengan memahami dan mendalami apa yang dimaksudkan dengan perkataan taipografi serta penggunaannya. Setiap terminologinya perlu diketahui seperti technical terminology, apa dia muka/rupa taip (type-faces), (readability, kerning, letterspacing, wordspacing, leading, alignment, widows and orphans, grid, layout, paragraphs), hubungan antara huruf dan imej serta yang lainnya.

Tipografi atau dalam istilah bahasa inggerisnya disebut Typography.  Sebagai seorang pelajar, pereka bentuk grafik (graphic designer) dan tenaga pengajar grafik, mungkin ia tidak menjadi satu kesulitan atau kepayahan untuk mempelajarinya. Tetapi, jika ia melibatkan mereka yang tidak tahu (non-designer), ia akan menjadi sesuatu yang amat membebankan. Walaubagaimanapun, pada hari ini dengan adanya teknologi komputer, semua elemen-elemen dan terminologi yang berkaitan dengan taipografi telah dipermudahkan, diringkaskan sehinggakan pada setiap perisian yang digunakan seperti word, illustrator, photoshop, indesign, flash, director ada tertera istilah-istilah yang digunapakai dalam taipografi (pop-up teks).

 Definisi taipografi

Menurut Squire (2006), “Typhography is the mechanical arrangement and organization of written words in such a way as to facilitate communication of the content”. Squire menekankan kepada konteks komunikasi dalam menyampaikan maklumat dalam taipografi. Berbeza dengan pendapat Haslam dan  Baines (2005), yang memberikan definisi taiphografi sebagai “typography is the mechanical notation and arrangement of languages use  to make multiple copies, whether by printed or electronic means”. Manakala Hassan (1999) pula mendefinisikan taipografi sebagai seni memilih dan mengatur huruf. Menurut Morioka et al. (2006), “typography is picture ao words”.
Maksud Taipografi pada asalnya ialah “the arts of designing printed products according to aesthetic criteria”. Perkataan tersebut adalah berasal dari bahasa Greek dan bermula daripada typos (impression) dan graphien (to write) – Heildelberg News 1/98 Volume 55

Levenson (1995) memberikan pendapat yang sama, taipografi  sebagai “the use of different styles of type to express ideas, concept and design ”. Resnick (2003) pula berpendapat bahawa, “typography is the art of design  with type”. Type is the term used for the letters in the alphabet, the numbers and the punctuation marks that make words, sentences, and blocks of text. The term typeface refers to the design of all the characters mentioned above, unified by common visual elements”. Muka taip lebih dikenali dengan elemen-elemen seperti bold, italic dan saiznya. Manakala, Meggs et al. (1993) menyatakan bahawa, the invention of typography has been called the beginning of the Indusstrial Revolution. Landa (1996) merujuk kepada penggunaan computer yang memberi penekanan terutama kepada komunikasi visual. Taipografi sememangnya telah memberikan impak yang sangat besar kepada industri percetakan dan hampir semua media cetak telah berubah dari era konvensional (platen-style)  kepada era digital.

Taipografi bagaimanapun lebih mudah dikenali dan difahami dengan penggunaan elemen-elemen seperti huruf, teks, fon, imej, warna, atau hitam putih, tetapi ia perlu dilihat dari sudut bagaimana ia berfungsi dan peranannya sebelum diaplikasikan dalam reka bentuk grafik, pembungkusan, atau identiti korporat, mahupun multimedia. Elemen-elemen yang tidak boleh tidak diketahui antaranya ialah anatomi, leading, kerning, pica, point, fon, readability dan legibility. Tetapi sebenarnya ada elemen-elemen tersebut boleh diabaikan apabila di manipulasi atau diaplikasikan ke atas kertas atau di skrin komputer.

Jury (2004), memperkatakan tentang penggunaan taipografi dalam teknologi digital percetakan , ‘rules can be broken, but never ignored’. Ini adalah kerana tujuan  cetakan huruf atau perkataan supaya ia boleh dibaca. Taipografi mempunyai hubung kaitnya dengan pencetakan, malahan di peringkat awalnya bemula di German dan tidak dilupakan di Negara China.

Didapati dalam kehidupan seharian kita bahawa pada setiap waktu dan ketika, tempat dan peristiwa, apa yang kita lihat, sentuh, begitu jugalah dengan produk komunikasi seperti blog, facebook, yahoo messenger, ataupun laman web, setem, poskad, poster, signboard, iklan, logo, filem dan pembungkusan tidak akan terlepas daripada elemen taipografi dan menjadi satu kemestian kepenggunaannya.
Taipografi dalam era media baru pula menjadi perantara dan mainan dalam komunikasi dan penulisan dengan adanya sms, mms, twitter. Tidak dinafikan, bahawa taipogarafi menjadi sangat penting  dan begitu popular di kalangan generasi-x dewasa ini.  Tanpa taipografi, semua yang disebut di atas menjadi sukar dalam pelaksanaannya.

‘when you learn to cook, you don’t start with a souffle- it’s better to try an omelette first. The same principle applies to learning typography : it is best not to start with the fancy tricks, even though the computer tempts you tod do so’ – Victoria Squire

Penggunaan taipografi melalui huruf, nombor dan simbol sama ada dari bahasa Melayu, China, India, Siam, dan bahasa lain boleh menghasilkan imej yang membawa pengertian kepada maklumat, idea, simbol, yang hendak disampaikan. Kreativiti dan imaginasi dalam menggabungkan, memanipulasikan dan mengubahsuaikan setiap huruf atau nombor memerlukan penyusunan yang teratur. Menurut Resnick (2003) ‘letterforms can be altered and manipulated to become both the image and a message’. Menurut belaau lagi, ‘typhography is a visual graphic language when it is used creativity and expressively and a verbal written language when it is combined with an image’. Menurut Stoklosa (2005), imej dan huruf mempunyai hubungan yang sangat rapat di antara satu sama lain. Reka bentuk imej dan huruf sangat luas penggunaannya dan keberkesanannya amatlah mengkagumkan.



TAIPOGRAFI


                                              


         
 


       



       
       
    
   


 

                 


             
   
  


  


               

   







       
       

 




               

   





           
          

   
       





Self portrait



Tugasan 1

Proses dalam mereka bentuk dipertingkatkan lagi dengan menggunakan perisian komputer, bermula dengan membuat kajian, analisis dan KBKK tentang self- portrait.
Tugasan seni digital , iaitu mereka bentuk satu poster pengiklanan yang bertemakan mempromosi UPSI. Karya hendaklah menggunakan perisian adobe photoshop  dengan self-potrait (full figure), bersaiz a3, kreativiti pelajar akan dinilai melalui kemahiran menggunakan perisian adobe photoshop.

“it needs content. The content is the meaning or significance contained within any visual message.
 If you respond with openness and sensitivity throughout the design process,
your own personality will emerge and determine the look of the work”
-          Elizabeth Resnick
-           
Tugasan pengiklanan mempromosikan UPSI bertujuan untuk menilai kemahiran pelajar dalam menggunakan perisian komputer dengan sebaiknya.  Pelajar menggunakan self-potrait dengan full figure dalam menghasilkan poster mem promosi UPSI.  Dengan tugasan ini dapat membina kefahaman pelajar dalam aspek percetakan, sama ada dalam proses lakaran reka bentuk, penggunaan perisian adobe photoshop, cetakan a3, kedudukan portrait, imej yang ada, teks, keaslian dan kreativiti yang tersendiri. 


TUGASAN 1


Tajuk : Mempromosi UPSI
kategori : self portrait



contoh 1


contoh 2


REKA BENTUK GRAFIK


Graphic Design atau dikenali dengan Reka Bentuk Grafik merupakan proses kreatif mengatur imej dan teks dalam menyampaikan maklumat. Reka Bentuk Grafik mengambil tulisan dan gambar dalam penyampaian meseg ringkas dan ditujukan kepada audiens. Istilah “Reka Bentuk Grafik” juga boleh merujuk kepada beberapa disiplin seni dan professional yang memberi tumpuan kepada komunikasi visual dan persembahan.Reka Bentuk Grafik selalunya digunakan dalam media seperti cetakan, media elektronik, susun atur gambar, animasi, pembungkusan, tanda, identiti dan sebagainya. Menurut Resnick (2003)

 “graphic design is the most ubiquitous of all the art forms since it can be found everywhere and anywhere – in our homes, in the restaurant we frequent, on the street we walk, on the highway we drive, in the movie and theaters we attend, and in every shop we enter” 


PROSES REKA BENTUK GRAFIK

 Grafik adalah satu proses yang berterusan kerana ia melibatkan dan berkaitan dengan pengguna dan pereka bentuk (designer). Grafik kerap kali merujuk kepada suatu proses mereka bentuk di mana produk yang dihasilkan menjadi penyampai kepada meseg yang hendak disampaikan kepada pengguna.

 Landa (1996) dalam memperkatakan tentang proses reka bentuk, menurut beliau perkara yang paling utama ialah berfikir seperti seorang pereka bentuk. Di antara langkah yang dicadangkan oleh beliau ialah :
1) Restate the problem in your own words 
2) Do any research that needs to be done 
3) Think with your pencil or mouse in your hand 
4) Choose your three best thumbnail sketches and turn them into roughs and
 5) Choose your best rough and turn it into a comp

 Resnick (2003), berpendapat bahawa dalam setiap tugasan atau produk yang hendak dihasilkan , proses mereka bentuk perlu melalui lima peringkat yang utama iaitu:
1) Define the problem and establish the objectives 
2) Do the research 
3) Develops the ideas by brainstorming
 4) Analyze ideas in terms of the project objectives and
 5) Implement the final

 Manakala menurut Victor Cheung (2007), melalui bukunya yang bertajuk LogoLogy ada menyatakan tentang case studies (tugasan) yang dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:-
1) Assignment (the background of the specific project)
 2) Development (from research to concept)
 3) Solution (what the final outcome is)
 4) Application (as simple as it may seem for the last part) 

 Proses dalam mereka bentuk tidaklah semudah seperti yang disangka, walaupun sudah mempunyai mouse dan pencil di tangan unless kiranya kita hendak membuat plagiarism. Sebenarnya tidak wujud jalan pintas sekiranya kita berkehendakkan sesuatu yang terbaik kerana kita seharusnya mengikut apa yang telah disyorkan oleh designer yang telah melaluinya dengan banyak pengalaman.

 “all designs are not art. Art is design. Many forms become art because of their design. A refrigerator is a design. A refrigerator is not considered art”- Shirl Brainard

 FORMAT GRAFIK

Wujud dua fail yang utama dalam mereka bentuk gafik iaiitu fail bitmap (pixmap) dan fail vektor. Bitmap boleh dikenali dengan rupa titik ( a grid of dot) yang sangat kecil sama ada hitam putih, gray atau warna bagi setiap pixels (zero or one). Bitmap digunakan untuk menyimpan fail imej dalam bentuk digital. Penggunaan resolution bitmap yang rendah akan menyebabkan imej gambar yang dicetak kurang jelas (pecah).

 Antara fungsi vektor adalah boleh dibesarkan atau dikecilkan, dilukis semula, atau apa sahaja tanpa merosakkan keadaan rupa imej yang asal seperti (garisan, rupa, bentuk, rupa geometrik, organik yang berlandaskan (mathematical equations)) walaupun dengan resolution yang rendah, kerana fail vector bergerak bebas. Format grafik yang kerap kita gunakan antaranya TIFF, EPSF, JPEG, PSD, PICT, RIP dan lain-lain.

 • Dpi – dots per inch 
- Merupakan ukuran kepada resolution atas skrin atau atas kertas cetakan dan dots juga dikenali sebagai pixels. Resolution skrin atas computer ialah 72 dpi, manakala messin cetak seperti Laser Writer 300 dpi dan mesin photo imagesetter boleh melebihi 2, 540 dpi. Ppi-pixels per inch

 • Proof Copy
- Tugasan yang telah direka bentuk adalah sebaiknya disemak terlebih dahulu sebelum dicetak dalam jumlah yang banyak. Pembetulan serta penambahbaikan ke atas salinan (proof copy) dapat membantu pelanggan dalam membuat pilihan seperti yang dikehendaki

 • EPSF (Encapsulated PostScript File)
- Merupakan satu file imej yang boleh digunakan semasa menyimpan imej. Ia membenarkan data PostScript disimpan, diubahsuai dan mudah dibuka sama ada dalam Macintoshh atau MS-DOS Atau sistem yang lain. 

• JPEG (Joint Photographic Experts Group)
- Merupakan piawaian ke atas imej yang telah dipermudahkan iaitu fail tersebut menjadi ringan (resolution yang rendah) dan mudah untuk diguna semula

 • RIP (Raster Image Processor)
- Merupakan satu alat yang telah diprogramkan bagi menterjemahkan arahan yang terdapat di dalam helaian cetakan atau hasil grafik kepada bentuk paten dots (bimap) yang digunakan untuk pencetakan atau dilihat atas skrin. Data yang diperolehi daripada Macintosh atau PC ditukarkan menjadi paten dots (bitmap) sebelum menjadi fail RIP (imagesetter) yang bertujuan menghasilkan filem atau plat cetakan.

 • TIFF (Tagged Image File Format)
- File format ini dibangunkan oleh Aldus, Adobe dan Apple bertujuan untuk menyesuaikan imej imbasan dan fail bitmap yang besar. TIFF direka bentuk bagi membolehkan Macintosh dan MSDOS menggunakannya.