Friday, June 8, 2012

PEMBUNGKUSAN (PACKAGING)



Pembungkusan adalah sesuai digunakan untuk membungkus makanan, confectionery, hadiah, cecair,ubat-ubatan, proses pemindahan, pameran dan lain-lain. bahan yang digunakan sebagai pembungkusan antaranya seperti : carton board, corrugated cardboard, plastic, multimaterial, dan waterproof board.

Warna dalam pembungkusan
·         Blue in China – is a color for little girls
·         Yellow in Japan – is associated with courage
·         Green in Islam – is associated with paradise
·         Red in South Africa – is the color of mourning

Selain daripada strategi pemasaran, branding dan iklan di antara criteria lain yang perlu diberi penekanan ke atas pembungkusan ialah: reka bentuk, reka letak yang tertumpu kepada perletakan taipografi (samada fon : 2D atau 3D dan saiz), pemilihan dan kesesuaian warna dan grafik serta imej yang berkaitan dengan barangan produk. Tidak terlupa spesifikasi yang perlu ada bagi setiap pembungkusan seperti logo & alamat syarikat, net weight, bar code, alamat syarikat, isi kandungan, logo halal, due date, customer support line, motto atau tema dan nama produk tersebut.

Menurut Landa (1996), sesebuah bungkusan itu apabila diletakkan di atas ruang pameran untuk jualan ianya secara tidak langsung bersaing dengan jenama atau pembungkusan yang lain di sebelahnya. Ianya perlulah menarik, dapat dikenali atau dilihat dengan jelas, bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan pasaran. Objektif pertama yang perlu ada dalam mereka bentuk sesebuah pembungkusan antaranya:
·         Menjadikan ia boleh berfungsi
·         Mengkaji bahan yang digunakan dalam proses pembinaan
·         Memahami konsep guna semula atau kitar semula
·         Tidak mengabaikan masalah dalam mereka bentuk kedua-dua jenis pembungkusan secara 2-Dimensi dan 3-Dimensi
·         Mempertimbangkan maklumat yang perlu ada pada setiap pembungkusan
·         Mereka bentuk pembungkusan supaya ianya Nampak menarik kepada pengguna dan dari sudut estetiknya juga
·         Membuat kajian bungkusan jenama yang lain
·         Mereka bentuk bungkusan yang menyerlah dan tersendiri
·         Penggunaan warna yang bersesuaian
·         Kordinasi warna dan reka bentuk bersesuaian dengan tema dan isi kandungan bungkusan
·         To make it work a larger visual identity system (if applicable)
·         To ensure legibility and clarity
·         To consider it will be seen in multiples when on display
·         To express the spirit or personality of the product and company or store
·         To identify is manufacturer, product name, contents, weight and provide any other pertinent information

Proses reka bentuk pembungkusan adalah merupakan satu proses yang memerlukan pendekatan yang agak rumit dan teliti, supaya ianya dapat menghasilkan satu reka bentuk yang baik serta berkesan, persoalannya di mana mulanya? Pada hakikatnya tiada tips atau jalan pintas yang boleh mambantu kecuali dengan mencuba dengan beberapa lakaran draft atau thumbnail sketches.

            Bagi mereka yang agak mahir dengan perisian adobe Photoshop atau Illustrator- langkah pertama yang dilakukan kemungkinan besar bermula dengan imej atau gambar yang diimport dari laman web atau imej folder yang sedia ada. Jika tidak,lakaran thumbnail yang dilukis secara manual dan diimport ke stage. Walau bagimanapun, idea bagi setiap orang berbeza-beza sekiranya mengambil idea dari reka bentuk yang sedia ada atau yang berkaitan dengan subject matter yang hendak dihasilkan.
            Hari ini kita boleh mengakses informasi pengetahuan tanpa had (no limit) dari laman web berkaitan dengan apa sahaja tentang pembungkusan, sebut saja kita –boleh capai. Tetapi ada kalanya kita tidak ada masa untuk semua itu, jalan pintas selalu diambilkira dan mengharapkan bahawa akan terhasil (berlaku) satu reka bentuk yang boleh dibanggakan dan kerapkalinya ia tidak berlaku. Bagaimana pula dengan –strategi pemasaran, branding, iklan dan macam-macam lagi.
            Jadi, apa yang sepatutnya dilakukan oleh anda? Hisap rok...? pergi minum teh tarik dulu? Intai-intai kawan sebelah punbya Design? Atau upah orang tolong buatkan, nanti bayar bila ada duit. Atau tidur dulu! Memang tidak dinafikan kita pernah melakukan semua ini. tapi bukan semua orang.
            Seronok rasanya kalau kita dapat sentuhan yang pertama dalam mereka bentuk apa shaja tugasan yang diberikan, keran bukanlah mudah untuk mendapatkan idea yang boleh memenuhi kesemua spesifikasi yang dikehendaki oleh pihak tertentu. Kesimpulannya,   dapt kita nyatakan di sini, bahawa proses mereka bentuk sesebuah pembungkusan perlulah ada satu strategi yang dapat memberikan input sebelum memberikan output.
            Menurut Adducci & Keller (2008) terdapat empat criteria utama bagi sesebuah pembungkusan itu berjaya berlandaskan kepada factor-faktor seperti berikut : Identification, functionality, personality, dan navigation, identification merujuk kepada sejauh manakah pengguna boleh mengenali produk atau pembungkusan yang dipamerkan apabila mereka bentuk bungkusan. Persoalan yang selalu dikaji ialah: apakah perkara pertama yang dilihat oleh pengguna setiap kali melihat produk di atas rak jualan? Rupa, Logo, Warna, Tanda harga, bahan yang digunapakai, imej,teks atau peratus diskaun yang dipamerkan oleh penjual.
            Faktor kedua yang perlu diketahui ialah Functionality, bagi setiap produk yang dibeli,para pengguna akan melihat dan memastikan bahawa keupayaan produk tersebut berfungsi. Keupayaan berfungsi oleh produk tersebut meningkatkan keyakinan pengguna kepada matlamat keinginan mereka untuk membeli. Walau bagaimanapun, tahap kefahaman pengguna menggunakan produk tersebut menjadi pilihan utama samada ianya mudah atau sukar difahami.
            Manakala, personality merujuk kepada bagaimanakah maklumat yang direka bentuk ke atas produk bungkusan berkesan, menarik serta memberi impak tatkala melihat kali pertama dan berfungsi dengan baik? Maksudnya yang mudah ialah berjayakah reka bentuk pembungkusan mempengaruhi cita rasa pengguna untuk membeli? Pada tahap ini, konsistensi (kekerapan membeli) dalam mempengaruhi pembeli membeli produk yang sama menjadi agenda yang utama. Kalau tidak matlamat utama untuk mencapai pembelian labih dari sejuta pembeli tidak akan tercapai.
            Akhir sekali ialah factor navigation, yang merujuk kepda penggunaan mengetahui dalam mencari di mana memperolehi produk yang dijual. Factor ini sama seperti factor identification, yang bergantung kepada gaya reka bentuk yang terdiri daripada : taipografi, warna,patterns, huruf, rupa dan item lain yang berkaitan dengan maklumat yang perlu ada dalam mereka bentuk bungkusan.
            Ternyata bahawa keempat-empat factor yang dinyatakan di atas dapat menghasilkan reka bentuk pembungkusan yang baik, sesuai, menarik dan berkesan. 

No comments:

Post a Comment