Friday, June 8, 2012

REKA BENTUK GRAFIK


Graphic Design atau dikenali dengan Reka Bentuk Grafik merupakan proses kreatif mengatur imej dan teks dalam menyampaikan maklumat. Reka Bentuk Grafik mengambil tulisan dan gambar dalam penyampaian meseg ringkas dan ditujukan kepada audiens. Istilah “Reka Bentuk Grafik” juga boleh merujuk kepada beberapa disiplin seni dan professional yang memberi tumpuan kepada komunikasi visual dan persembahan.Reka Bentuk Grafik selalunya digunakan dalam media seperti cetakan, media elektronik, susun atur gambar, animasi, pembungkusan, tanda, identiti dan sebagainya. Menurut Resnick (2003)

 “graphic design is the most ubiquitous of all the art forms since it can be found everywhere and anywhere – in our homes, in the restaurant we frequent, on the street we walk, on the highway we drive, in the movie and theaters we attend, and in every shop we enter” 


PROSES REKA BENTUK GRAFIK

 Grafik adalah satu proses yang berterusan kerana ia melibatkan dan berkaitan dengan pengguna dan pereka bentuk (designer). Grafik kerap kali merujuk kepada suatu proses mereka bentuk di mana produk yang dihasilkan menjadi penyampai kepada meseg yang hendak disampaikan kepada pengguna.

 Landa (1996) dalam memperkatakan tentang proses reka bentuk, menurut beliau perkara yang paling utama ialah berfikir seperti seorang pereka bentuk. Di antara langkah yang dicadangkan oleh beliau ialah :
1) Restate the problem in your own words 
2) Do any research that needs to be done 
3) Think with your pencil or mouse in your hand 
4) Choose your three best thumbnail sketches and turn them into roughs and
 5) Choose your best rough and turn it into a comp

 Resnick (2003), berpendapat bahawa dalam setiap tugasan atau produk yang hendak dihasilkan , proses mereka bentuk perlu melalui lima peringkat yang utama iaitu:
1) Define the problem and establish the objectives 
2) Do the research 
3) Develops the ideas by brainstorming
 4) Analyze ideas in terms of the project objectives and
 5) Implement the final

 Manakala menurut Victor Cheung (2007), melalui bukunya yang bertajuk LogoLogy ada menyatakan tentang case studies (tugasan) yang dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:-
1) Assignment (the background of the specific project)
 2) Development (from research to concept)
 3) Solution (what the final outcome is)
 4) Application (as simple as it may seem for the last part) 

 Proses dalam mereka bentuk tidaklah semudah seperti yang disangka, walaupun sudah mempunyai mouse dan pencil di tangan unless kiranya kita hendak membuat plagiarism. Sebenarnya tidak wujud jalan pintas sekiranya kita berkehendakkan sesuatu yang terbaik kerana kita seharusnya mengikut apa yang telah disyorkan oleh designer yang telah melaluinya dengan banyak pengalaman.

 “all designs are not art. Art is design. Many forms become art because of their design. A refrigerator is a design. A refrigerator is not considered art”- Shirl Brainard

 FORMAT GRAFIK

Wujud dua fail yang utama dalam mereka bentuk gafik iaiitu fail bitmap (pixmap) dan fail vektor. Bitmap boleh dikenali dengan rupa titik ( a grid of dot) yang sangat kecil sama ada hitam putih, gray atau warna bagi setiap pixels (zero or one). Bitmap digunakan untuk menyimpan fail imej dalam bentuk digital. Penggunaan resolution bitmap yang rendah akan menyebabkan imej gambar yang dicetak kurang jelas (pecah).

 Antara fungsi vektor adalah boleh dibesarkan atau dikecilkan, dilukis semula, atau apa sahaja tanpa merosakkan keadaan rupa imej yang asal seperti (garisan, rupa, bentuk, rupa geometrik, organik yang berlandaskan (mathematical equations)) walaupun dengan resolution yang rendah, kerana fail vector bergerak bebas. Format grafik yang kerap kita gunakan antaranya TIFF, EPSF, JPEG, PSD, PICT, RIP dan lain-lain.

 • Dpi – dots per inch 
- Merupakan ukuran kepada resolution atas skrin atau atas kertas cetakan dan dots juga dikenali sebagai pixels. Resolution skrin atas computer ialah 72 dpi, manakala messin cetak seperti Laser Writer 300 dpi dan mesin photo imagesetter boleh melebihi 2, 540 dpi. Ppi-pixels per inch

 • Proof Copy
- Tugasan yang telah direka bentuk adalah sebaiknya disemak terlebih dahulu sebelum dicetak dalam jumlah yang banyak. Pembetulan serta penambahbaikan ke atas salinan (proof copy) dapat membantu pelanggan dalam membuat pilihan seperti yang dikehendaki

 • EPSF (Encapsulated PostScript File)
- Merupakan satu file imej yang boleh digunakan semasa menyimpan imej. Ia membenarkan data PostScript disimpan, diubahsuai dan mudah dibuka sama ada dalam Macintoshh atau MS-DOS Atau sistem yang lain. 

• JPEG (Joint Photographic Experts Group)
- Merupakan piawaian ke atas imej yang telah dipermudahkan iaitu fail tersebut menjadi ringan (resolution yang rendah) dan mudah untuk diguna semula

 • RIP (Raster Image Processor)
- Merupakan satu alat yang telah diprogramkan bagi menterjemahkan arahan yang terdapat di dalam helaian cetakan atau hasil grafik kepada bentuk paten dots (bimap) yang digunakan untuk pencetakan atau dilihat atas skrin. Data yang diperolehi daripada Macintosh atau PC ditukarkan menjadi paten dots (bitmap) sebelum menjadi fail RIP (imagesetter) yang bertujuan menghasilkan filem atau plat cetakan.

 • TIFF (Tagged Image File Format)
- File format ini dibangunkan oleh Aldus, Adobe dan Apple bertujuan untuk menyesuaikan imej imbasan dan fail bitmap yang besar. TIFF direka bentuk bagi membolehkan Macintosh dan MSDOS menggunakannya.

No comments:

Post a Comment