Apa itu Taipografi?
Taipografi boleh dilihat di sekeliling kita
seperti signage, tiket kereta api, bas, buku masakan, laman web,
bungkusan, iklan dan banyak lagi sehinggakan apa sahaja yang kita gunakan dan
lihat hampir kesemuanya terlibat dengan penggunaan taipografi.
Buku yang ditulis oleh Squire (2006)
bertajuk “Getting it Right With Type”, kita akan merasakan betapa
banyaknya yang perlu dipelajari dan diketahui dengan memahami dan mendalami apa
yang dimaksudkan dengan perkataan taipografi serta penggunaannya. Setiap
terminologinya perlu diketahui seperti technical terminology, apa dia
muka/rupa taip (type-faces), (readability, kerning, letterspacing,
wordspacing, leading, alignment, widows and orphans, grid, layout, paragraphs),
hubungan antara huruf dan imej serta yang lainnya.
Tipografi atau dalam istilah bahasa
inggerisnya disebut Typography. Sebagai
seorang pelajar, pereka bentuk grafik (graphic designer) dan tenaga
pengajar grafik, mungkin ia tidak menjadi satu kesulitan atau kepayahan untuk
mempelajarinya. Tetapi, jika ia melibatkan mereka yang tidak tahu (non-designer),
ia akan menjadi sesuatu yang amat membebankan. Walaubagaimanapun, pada hari
ini dengan adanya teknologi komputer, semua elemen-elemen dan terminologi yang
berkaitan dengan taipografi telah dipermudahkan, diringkaskan sehinggakan pada
setiap perisian yang digunakan seperti word, illustrator, photoshop, indesign,
flash, director ada tertera istilah-istilah yang digunapakai dalam taipografi (pop-up
teks).
Definisi
taipografi
Menurut Squire (2006), “Typhography is the
mechanical arrangement and organization of written words in such a way as to
facilitate communication of the content”. Squire menekankan kepada konteks
komunikasi dalam menyampaikan maklumat dalam taipografi. Berbeza dengan
pendapat Haslam dan Baines (2005), yang
memberikan definisi taiphografi sebagai “typography is the mechanical
notation and arrangement of languages use
to make multiple copies, whether by printed or electronic means”.
Manakala Hassan (1999) pula mendefinisikan taipografi sebagai seni memilih dan
mengatur huruf. Menurut Morioka et al. (2006), “typography is picture ao
words”.
Maksud Taipografi pada asalnya ialah “the arts
of designing printed products according to aesthetic criteria”. Perkataan tersebut
adalah berasal dari bahasa Greek dan bermula daripada typos (impression)
dan graphien (to write) – Heildelberg News 1/98 Volume 55
Levenson (1995) memberikan pendapat yang sama,
taipografi sebagai “the use of
different styles of type to express ideas, concept and design ”. Resnick
(2003) pula berpendapat bahawa, “typography is the art of design with type”. Type is the term used for the
letters in the alphabet, the numbers and the punctuation marks that make words,
sentences, and blocks of text. The term typeface refers to the design of all
the characters mentioned above, unified by common visual elements”. Muka
taip lebih dikenali dengan elemen-elemen seperti bold, italic dan
saiznya. Manakala, Meggs et al. (1993) menyatakan bahawa, the invention of
typography has been called the beginning of the Indusstrial Revolution.
Landa (1996) merujuk kepada penggunaan computer yang memberi penekanan terutama
kepada komunikasi visual. Taipografi sememangnya telah memberikan impak yang
sangat besar kepada industri percetakan dan hampir semua media cetak telah
berubah dari era konvensional (platen-style) kepada era digital.
Taipografi bagaimanapun lebih mudah dikenali
dan difahami dengan penggunaan elemen-elemen seperti huruf, teks, fon, imej, warna,
atau hitam putih, tetapi ia perlu dilihat dari sudut bagaimana ia berfungsi dan
peranannya sebelum diaplikasikan dalam reka bentuk grafik, pembungkusan, atau
identiti korporat, mahupun multimedia. Elemen-elemen yang tidak boleh tidak
diketahui antaranya ialah anatomi, leading, kerning, pica, point, fon,
readability dan legibility. Tetapi sebenarnya ada elemen-elemen tersebut
boleh diabaikan apabila di manipulasi atau diaplikasikan ke atas kertas atau di
skrin komputer.
Jury (2004), memperkatakan tentang penggunaan
taipografi dalam teknologi digital percetakan , ‘rules can be broken, but
never ignored’. Ini adalah kerana tujuan
cetakan huruf atau perkataan supaya ia boleh dibaca. Taipografi
mempunyai hubung kaitnya dengan pencetakan, malahan di peringkat awalnya bemula
di German dan tidak dilupakan di Negara China.
Didapati dalam kehidupan seharian kita bahawa
pada setiap waktu dan ketika, tempat dan peristiwa, apa yang kita lihat,
sentuh, begitu jugalah dengan produk komunikasi seperti blog, facebook,
yahoo messenger, ataupun laman web, setem, poskad, poster, signboard,
iklan, logo, filem dan pembungkusan tidak akan terlepas daripada elemen
taipografi dan menjadi satu kemestian kepenggunaannya.
Taipografi dalam era media baru pula menjadi
perantara dan mainan dalam komunikasi dan penulisan dengan adanya sms, mms,
twitter. Tidak dinafikan, bahawa taipogarafi menjadi sangat penting dan begitu popular di kalangan generasi-x
dewasa ini. Tanpa taipografi, semua yang
disebut di atas menjadi sukar dalam pelaksanaannya.
‘when you learn to cook, you don’t start with a
souffle- it’s better to try an omelette first. The same principle applies to
learning typography : it is best not to start with the fancy tricks, even
though the computer tempts you tod do so’ – Victoria Squire
Penggunaan taipografi melalui huruf, nombor dan
simbol sama ada dari bahasa Melayu, China, India, Siam, dan bahasa lain boleh
menghasilkan imej yang membawa pengertian kepada maklumat, idea, simbol, yang
hendak disampaikan. Kreativiti dan imaginasi dalam menggabungkan,
memanipulasikan dan mengubahsuaikan setiap huruf atau nombor memerlukan
penyusunan yang teratur. Menurut Resnick (2003) ‘letterforms can be altered
and manipulated to become both the image and a message’. Menurut belaau lagi,
‘typhography is a visual graphic language when it is used creativity and
expressively and a verbal written language when it is combined with an image’.
Menurut Stoklosa (2005), imej dan huruf mempunyai hubungan yang sangat rapat di
antara satu sama lain. Reka bentuk imej dan huruf sangat luas penggunaannya dan
keberkesanannya amatlah mengkagumkan.
TAIPOGRAFI
No comments:
Post a Comment