Friday, June 8, 2012

Bagaimana seorang designer mendapatkan idea?



Bukan mudah dalam mendapatkan serta mengumpulkan idea dalam membuat sesuatu tugasan atau dalam sesuatu projek yang telah diberikan, tambahan pula masa yang perlu dihasilkan adalah sangat singkat. Penghasilan idea pula bergantung pada pelbagai sumber di antaranya ialah ilmu yang ada pada setiap individu iaitu dari sekolah, IPTA, dari kawan-kawan, senior. Idea melalui pengalaman, pembacaan, dan rujukan kajian, pemerhatian, pengubahsuaian, berfikir, berimaginasi (berkhayal), berbincang, bercerita, uji kaji (try & error), komen dari kawan yang bukan ahli dan banyak lagi sumber idea boleh diperoleh.

Walaupun sukar dalam mendapatkan idea, namun idea tersebut tetap ada, Cuma yang membezakannya ialah adakah ia merupakan idea terbaik atau tidak ataupun adakah ia seperti yang kita mahukan.
Menurut Philips, J.C dan Lupton, E (2008) dalam buku yang bertajuk Graphic Design The New Basics, menyatakan bahawa perlunya ada sempadan di antara penggunaan computer dan pemikiran visual (visual thinking) dalam pencarian idea, dengan itu akan menyebabkan peningkatan dalam proses kreativiti dan percambahan fikiran. Adalah tidak dinafikan elemen kreativiti menjadi kayu ukur kepada penghasilan produk yang dihasilkan dengan apa saja media yang digunakan, secara tidak langsung akan meningkatkan pemikiran visual. Ini kerana untuk setiap tugasan harus mempunyai persembahannya yang berbeza seperti brochure, flyer, newsletter dan booklets, begitu juga dengan business card, personel card, letter head, envelope, certificate, folder, tag. Manakala bagi format yang besar adalah seperti banner, bunting, backdrop, signage, poster, sticker juga adalah berbeza tugasan yang akan dipersembahkan.

“ design by its nature, is a versatile and creative discipline, but designers will often find themselves working within defined boundaries, such as standard papers sizes, measurement systems and grids. These are the basic building blocks that help to give structure to a job, and a firm grasp of such fundamental concepts is crucial to good design” – Ambrose & Harris (2008)

Melalui perekaan bentuk grafik, seorang pereka tidak akan terlepas daripada penggunaan piawaian ukuran metrik yang telah ditetapkan, komposisinya dan grid. Ada kalanya dalam mereka bentuk grafik kita perlu memilih antara dua sama ada follow the rules or breaking the rules. Namun hari ini, pereka grafik tidak lagi terikat sepenuhnya dengan peraturan yang digunapakai pada satu ketika dulu, malahan reka bentuk grafik yang dihasilkan menjadi lebih abstrak atau simbolik, terutama penggunaan teks dan imej.

Melihat pada penggunaan warna, pada ketika dahulu warna yang digunakan adalah sangat terhad dan tidak begitu menyerlah serta tidak dititik beratkan. Namun sangat berbeza pada hari ini apabila penggunaan warna menjadi pelbagai sama ada CYMK, RGB, pantone color, menjadi sangat penting dan tidak akan dilupakan dengan melihat atau merujuk kepada bagaimana proses warna dihasilkan atau dari carta warna. Warna emas, perak, menjadi satu kepastian bagi melahirkan tingginya nilai warna kepada harga media cetak. Makna dan simboliknya warna yang digunapakai banyak memberi kesan kepada si pembaca atau si pengguna.

No comments:

Post a Comment